top of page
XScgu-o6tq4n4ufewd65ikwdqluxvu.jpeg
1 (2).jpg
60.jpg
4 (2).jpg
33.jpg

RASA SAYANG MALAYSIA, RASA KEUNIKAN MALAYSIA MELALUI LAKARAN TRAVELOG —-- KISAH ANAK MALAYSIA

Text by Lee Jie
Photos by Tan Poh Chuan

Foto merupakan satu kenangan yang paling bernilai. Lazimnya kebanyakan kita merakam pengalaman melancong melalui fotografi, namun berbeza dengan Tan Poh Chuan yang lebih teruja mengabadikan kenangan kembaranya melalui lukisan.


Tan Poh Chuan merupakan seorang seniman tempatan yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur, berusaha mempromosikan lakaran travelog. Sejak berada di bangku sekolah, beliau telah didiagnosis Dyslexia iaitu masalah perkembangan pembacaan. Bagi Poh Chuan,  pembelajaran merupakan satu cabaran yang besar dalam zaman persekolahannya. Sebaliknya, lukisan pula merupakan medium yang membantunya untuk berhubung dengan dunia luar. Sepadan dengan bakat kurniaan Tuhan, Poh Chuan telah mencerita dan merekod melalui lukisan berbanding rakaman dengan lensa kamera.  


Menurut Poh Chuan, lakaran travelog bukan sejenis teknik melukis tetapi satu semangat yang diaplikasikan dalam kehidupan harian. Poh Chuan yang amat minat dalam aktiviti melancong telah mengenali nusa tercinta ini dengan melakar segala yang dilihat, didengar dan dirasai sepanjang perjalananya. 


“Kita sentiasa menganggap bahawa hanya pelancongan di luar negara adalah membanggakan, namun sebenarnya negara Malaysia yang dianugerahi pelbagai sumber alam sekitar serta penduduk yang terdiri dari berbilang kaum merupakan satu pemandangan yang sangat menarik dan membanggakan,’’ ujar Poh Chuan. 


Bagi Poh Chuan, kelemahan dalam pembelajaran menyebabkan beliau kurang kenal Malaysia melalui buku teks subjek Geografi. Namun, dengan lakaran travelog ini, beliau telah berjaya mengenali keindahan Malaysia dengan cara tersendiri. 


Apabila ditanya tentang cabaran besar yang pernah dihadapi semasa menjalankan lakaran travelog sebelum ini, Poh Chuan berkata bahawa kerosakan alat lukis merupakan perkara yang paling menyusahkan kerana alat lukis memainkan peranan yang paling penting dalam lakaran travelog ini.


“Namun demikian, cabaran ini tetap boleh diselesaikan sahaja dengan kekayaan sumber alam sekitar ini. Sebelum ini saya pernah menjalankan lakaran travelog di satu kawasan pedalaman, dan saya telah mengarahkan mereka yang mengikut saya menggunakan ranting pokok durian untuk mengganti alat lukis,’’


Kata Poh Chuan, tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa alat lukis bukannya elemen yang membawa keputusan terus kepada lukisan seseorang, tetapi sikap seseorang yang minat dalam melukis akan menentukan kerja akhir lukisan.


Poh Chuan jua berkongsi pengalamanya menjalankan lakaran travelog di semenanjung Malaysia dan timur Malaysia. Katanya, kejutan budaya (Cultural Shock) tetap berlaku di antara dua kawasan ini walaupun kedua-dua kawasan ini berasal dari satu negara yang sama. 


“Penduduk dari semenanjung Malaysia selalu mempunyai prejudis bahawa timur Malaysia merupakan bandar yang ditinggalkan dan kurang maju. Namun demikian, sikap penduduk timur Malaysia yang murah hati dan sudi berkongsi telah menjadikan bandar di sini lagi cantik dan unik,’’


“Berilah diri anda satu peluang untuk melukis. Sebatang pensel dan sehelai kertas mampu membantu anda merasai keindahan Malaysia. Dalam lakaran travelog, tidak ada jawapan betul atau salah. Setiap lukisan yang dilukis adalah bernilai dan unik. Ini yang membezakan foto yang diambil melalui lense kamera,’’ tambah Poh Chuan.  


Kini, Poh Chuan telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul “Aku Anak Malaysia” yang menggabungkan semua hasil lukisannya. Poh Chuan juga masih menganjurkan kelas lakaran travelog secara dalam talian.

Rasa sayang Malaysia, rasa keunikan Malaysia melalui lakaran travelog —-- Kisah Anak Malaysia: Recent News
bottom of page