top of page

MEET THE LOCAL PHOTOGRAPHER

HASNOL ALEN x Kuching

Perjalanan Dunia Fotografi :

Bermula semasa mengikuti Kursus Perguruan pada tahun 2006, mula bergiat aktif mengambil gambar aktiviti semasa di institusi perguruan Bersama dengan rakan, berkongsi kamera dengan rakan. Setiap gambar yang diambil akan dijual kepada rakan-rakan yang berminat. Pada tahun 2000, membeli sebuah kamera digital sendiri (Sony Alpha 35) dan bermula belajar memahami fungsi kamera dan Teknik dalam fotografi melalui rujukan bahan bacaan seperti majalah dan buku mengenai fotografi. Cenderung kepada tema Landskap dan Human Interest. Kebanyak foto dilakukan di sekitar kediaman di Bandaray Kuching dan Kawasan lawatan atau Percutian. 


2001 sehingga 2015, bergiat aktif mengikuti rakan fotografer tempatan mengambil gambar landskap dan human interest. Kebanyakan landskap adalah seperti Sunset, Senja dan Milkyway. Ada juga percubaan mengambil gambar perkahwinan tetapi bukan untuk komersial tetapi lebih kepada sesi pembelajaran sendiri. Disamping mempelajari ilmu fotografi dari video dalam youtube dan perkongsian di media social oleh fotografer luar (tempatan dan antarabangsa). Membeli sebuah lagi kamera digital DSLR Canon dan Nikon untuk mendapatkan lebih banyak ilmu mengenai fungsi sesebuah kamera mengikut jenamanya.


2015-2016, ada mengikuti kursus pendek anjuran Kelab Fotografi dan Badan Kerajaan Bersama dengan pelajar-pelajar yang meminati hobi yang sama. Dilantik menjadi Guru Penasihat Kelab Fotografi Sekolah dan STEM (Drone).


2017, membeli sebuah dron Dji Phantom 1 dan mula mempelajari Teknik dan fungsi dron dalam bidang fotografi dan videografi. Mengambil gambar sebagai hobi setiap masa terluang dan hujung minggu. Kebanyakan lebih kepada Landskap dan Bangunan. Mula mempelajari Teknik penghasilan video melalui dron dan kamera dan belajar proses (postprocessing) editing untuk video. Mengikuti kursus pendek anjuran badan bukan kerajaan, kelab dan badan kerajaan.

HASNOL ALEN x Kuching
HASNOL ALEN x Kuching
HASNOL ALEN x Kuching
HASNOL ALEN x Kuching
HASNOL: Welcome
bottom of page