top of page

MI KOLOK HALAL

Text and Photos by Jasmine Regina

Mi kolok adalah salah satu hidangan
Cina yang paling popular di Sarawak. Hidangan ini banyak menggunakan bahan yang tidak halal, maka sebenarnya amat susah untuk rakan- rakan beragama Islam merasai rasa mi

kolok yang sebenar.


Namun, anda tidak perlu rasa FOMO (fear of missing out) lagi sebab mi kolok halal di Kuching ini mempunyai rasa yang hampir sama dengan versi yang ori. Semua bahagian yang secara tradisinya tidak halal diganti dengan
ayam.


Gerai Chinese Muslim Food di Nice Day Food Cafe yang diusahakan En. Zul, seorang berketurunan Cina yang memeluk Islam suatu ketika dahulu. Gerai ini sudah dibuka selama lapan tahun dan menarik warga tempatan mahupun pelancong dari negeri-negeri lain.


“Orang sekarang lebih terbuka kepada merasai makanan Cina yang halal berbanding dengan zaman dahulu, maka saya membuat keputusan untuk membuka gerai makanan Cina halal ini,“ kata En. Zul.


Gerai ini beroperasi pada waktu malam sahaja.

Harga:
Bermula RM5
Alamat:
Nice Day Food Cafe, Lorong Bayor
Bukit 2, Tabuan Jaya, 93350
Kuching, Sarawak.

Mi Kolo Halal: Welcome
bottom of page