
Taman Orkid mempunyai beribu spesis orkid.


DUN boleh dilihat mengintai melalui beberapa lokasi di Taman Orkid.

Taman Orkid mempunyai beribu spesis orkid.
KOLEKSI ORKID DI KUCHING
Taman Orkid naungan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ini mempamerkan pelbagai jenis orkid,
termasuk Bunga Negeri Sarawak, Orkid Normah.
Hartanah seluas 15.4 ekar ini terletak
secara strategik di seberang Waterfront
Kuching, berdekatan dengan Astana Negeri dan Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Menurut laman web DBKU, Taman Orkid menempatkan pelbagai jenis dan
warna orkid, daripada spesies hibrid kepada epifit dan daratan yang ditanam di bawah teduhan mahupun di kawasan lapang.
Dari Waterfront Kuching, anda boleh menyeberangi Sungai Sarawak menggunakan ‘penambang’, sejenis
bot kayu, ataupun berjalan kaki melalui Jambatan Darul Hana. Bersedia untuk menghabiskan sekitar satu jam di situ untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar.
Tip:
Pastikan anda membawa topi, kipas
mudah alih dan sebotol air jika cuaca panas. Terdapat juga sebuah kafe kecil
di sana sekiranya anda memerlukan sedikit minuman selepas bersiar- siar dan mengambil banyak gambar.
Waktu operasi:
9.30 pagi - 6 petang
setiap hari
(Isnin cuti)
